Wednesday 22 April 2009

JAGA DIRI DAN JAGA MARUAH









GADIS DAN REMAJA KU

Siti ingin berpesan kepada rakan sebaya dan adik-adik remaja sekelian akan pesan orang tua-tua :

Jaga Diri, Harga Diri dan Jaga Maruah.

Saban hari dalam akhbar dan media ada meyiarkan tentang nasib buruk yang menimpa remaja dan gadis-gadis seperti Siti. Begitu ramai yang menjadi mangsa rakus dan ganas lelaki dan manusia yang tidak bertanggungjawab serta berhati haiwan.

Mereka di perkosa, bukan sahaja seorang malah beramai-ramai dan bergilir-gilir.
Sungguh ngeri dan amat menakutkan sekali untuk di fikir dan dibayangkan.

Kerana itu duhai gadis dan remaja, jagalah diri, awasi tingkahlaku, ambilkira segala langkah dan tindakan, waspada pada rayuan dan pujukan, bersikaplah dengan lebih berani dan matang, usah mudah terpesona dan terpedaya dengan tutur kata dan rayuan puji melangit.

Hati-hatilah di dunia yang penuh ranjau dan cabaran ini, manusia telah hilang kemanusiaannya, kasih sayang bukan lagi penghias budi dan bicara, ikhlas dan jujur sudah jauh terbuang dari akhlas dan peribadi manusia robot yang rakus dan bijak bersandiwara.

Waspadalah, Ingat sebelum kena, sediakan payung sebelum hujan. Maruah dan harapan ibu bapa dan keluarga perlu di jaga. Masa depan yang gemilang jangan di binasakan.

Siti sentiasa berdoa untuk keselamatan kaun sejenis Siti siang dan malam.



No comments: