MAT REMPIT SEMAKIN GANAS
Budaya ganas, liar dan songsang semakin berkembang biak di kalangan masyarakat Malaysia khususnya generasi muda hari ini.
Aktiviti liar dan tidak terkawal mereka itu semakin mengancam masyarakat dengan menjejaskan keharmonian dan keselamatan awam. Bermula dengan merempit, membawa kepada gejala samseng dan perlakuan ganas ala jenayah.
Peraturan dan undang-undang tidak di hiraukan lagi, dengan rakus dan bangga mereka melanggarinya. Biarpun pihak berkuasa tegas cuba menanganinya, namun penentangan dan pelanggaran aksi mereka lebih keras dan brutal.
Dalam kumpulan yang besar, sudah pasti membangkitkan keterujaan dan dorongan semangat dan inpirasi membuak-buak untuk di pamerkan kepada umum dan bermulalah perbagai aktiviti liar dan tak bermoral sebagai cetusan dari gelegak rasa dan keinginan yang tak terbatas. Maka muncullah istilah yang menjadi trend kebanggaan mereka iaitu `bohsia, Cikaro' dengan remaja dan gadis muda jadi taruhan dan mangsa.
Tidakkah remaja-remaja seangkatan Siti ini pernah berfikir sejenak apa perasaan ibu dan ayah yang menumpahkan sepenuh harapan dan kepercayaan kepada kita selama ini, dengan memperikan kebebasan untuk kita berada di luar semoga kita melakukan yang berfaedah, sebaliknya mereka di hampakan malah dikhianati dengan tinkah laku dan perbuatan yang tidak bermoral ini.
Yang lebih memilukan dan menyebabkan air mata ibu-bapa yang kita kasihi tumpah ialah apabila berita buruk sampai kepada mereka, mengenai tingkah laku tak wajar yang kita lakukan, malah ada berita yang melukan kan hati mereka apabila anak-anak mereka di tahan Polis, terlibat dengan kemalangan yang serius, kecederaan yang dahsyat sehingga kehilangan anggota dan nyawa. Malah lebih memilukan ialah apabila anak-anak mereka ditahan kerana meragut, menyerang, mencederakan dan menyebabkan kematian terhadap mangsa yang tak berdosa.
Renungilah duhai teman seangkatan Siti, janganlah kita sia-sia masa remaja yang berharga ini, jangan di musnahkan masa depan yang cemerlang dan jangan juga kita pesongkan perjalanan kita yang masih panjang ini.
Siti sentiasa mendoakan semoga remaja sebaya Siti akan kembali kepangkal jalan, kerana jalan untuk berjaya dan membahagiakan ibu-bapa masih terbentang luas.
No comments:
Post a Comment