Thursday, 7 May 2009

DOA BUAT IBU




KASIH IBU SEPANJANG HAYAT




Menjelang Ahad ini Hari Ibu Sedunia akan dirai, bertuahlah para ibu yang mempunyai anak-anak yang sentiasa mengingati dan menyayangi mereka.

Sesungguhnya begitu besar jasa dan pengorbanan seorang ibu, mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan membelai dengan sepenuh jiwa raga dan kasih sayang yang tak bertepi.

Begitu ramai para ibu yang rela berkorban kebahagian dan keselesaan mereka dalam memastikan anak tersayang cukup dan sempurna makan-minum, pakaian dan keperluan mereka.

Tapi bagi Siti, saat mesra di belai ibu, dimanja ibu, dididik ibu, disuap nasi tidak pernah Siti rasainya, malah wajah seorang ibu juga amat kabur dalam kenangan dan ingatan Siti. Ini kerana ibu tercinta Siti telah kembali kehadrat Ilahi sejak Siti kecil lagi, seingat Siti semasa Siti berusia 4 tahun.

Bermula masa itu Siti sentiasa rindukan kasih, sayang dan belaian seorang ibu, apabila melihat seorang ibu sedang membelai atau menyuapkan nasi kemulut anaknya, Siti akan menjadi hiba dan sedih kerana tidak berpeluang merasai saat indah itu.

Alangkah bertuah dan beruntungnya anak-anak dan remaja yang masih punya seorang ibu, kasihanilah mereka, sayangilah mereka, jagalah hati dan persaan mereka, kerana mereka masih ada, mereka masih di sisi untuk tempat mengadu, bermanja dan di panggil ibu.

Janganlah dilukakan perasaan dan hati mereka, janganlah di engkar dan dibantah teguran dan larangan mereka, janganlah dihancurkan kepercayaan dan pengorbanan mereka kepada kita, anak-anak seorang ibu.

Di dunia ini hanya ada seorang ibu untuk setiap orang, tiada ada dua atau tiga, tidak akan ada penganti bagi seorang ibu untuk sepanjang hayat kita.

Kasihlah ibu sepanjang hayatnya, sayangilah ibu sementara ibu masih bersama kita.

Ibu, Siti memohon kepada Ilahi semoga rohmu dirahmati dan bahagia bersama para ambia dan syuhada. Amin.

1 comment:

Pak Pelandok said...

Siti

Kasih ibu membawa kesyurga

Doakan kebahagian mereka disisi Maha Pencipta

Untuk Siti, Semoga tabah menghadapi kehidupan ini. Pasti kejayaan menantimu kerana Siti anak yang baik.

Sedih membaca kisah Siti, biarla Pak pelandok hiburkan Siti.....