Wednesday, 27 May 2009













1 MALAYSIA

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

‘1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

Thursday, 7 May 2009

DOA BUAT IBU




KASIH IBU SEPANJANG HAYAT




Menjelang Ahad ini Hari Ibu Sedunia akan dirai, bertuahlah para ibu yang mempunyai anak-anak yang sentiasa mengingati dan menyayangi mereka.

Sesungguhnya begitu besar jasa dan pengorbanan seorang ibu, mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan membelai dengan sepenuh jiwa raga dan kasih sayang yang tak bertepi.

Begitu ramai para ibu yang rela berkorban kebahagian dan keselesaan mereka dalam memastikan anak tersayang cukup dan sempurna makan-minum, pakaian dan keperluan mereka.

Tapi bagi Siti, saat mesra di belai ibu, dimanja ibu, dididik ibu, disuap nasi tidak pernah Siti rasainya, malah wajah seorang ibu juga amat kabur dalam kenangan dan ingatan Siti. Ini kerana ibu tercinta Siti telah kembali kehadrat Ilahi sejak Siti kecil lagi, seingat Siti semasa Siti berusia 4 tahun.

Bermula masa itu Siti sentiasa rindukan kasih, sayang dan belaian seorang ibu, apabila melihat seorang ibu sedang membelai atau menyuapkan nasi kemulut anaknya, Siti akan menjadi hiba dan sedih kerana tidak berpeluang merasai saat indah itu.

Alangkah bertuah dan beruntungnya anak-anak dan remaja yang masih punya seorang ibu, kasihanilah mereka, sayangilah mereka, jagalah hati dan persaan mereka, kerana mereka masih ada, mereka masih di sisi untuk tempat mengadu, bermanja dan di panggil ibu.

Janganlah dilukakan perasaan dan hati mereka, janganlah di engkar dan dibantah teguran dan larangan mereka, janganlah dihancurkan kepercayaan dan pengorbanan mereka kepada kita, anak-anak seorang ibu.

Di dunia ini hanya ada seorang ibu untuk setiap orang, tiada ada dua atau tiga, tidak akan ada penganti bagi seorang ibu untuk sepanjang hayat kita.

Kasihlah ibu sepanjang hayatnya, sayangilah ibu sementara ibu masih bersama kita.

Ibu, Siti memohon kepada Ilahi semoga rohmu dirahmati dan bahagia bersama para ambia dan syuhada. Amin.

Wednesday, 6 May 2009

CIKARO HABUAN REMPIT




MAT REMPIT SEMAKIN GANAS

Budaya ganas, liar dan songsang semakin berkembang biak di kalangan masyarakat Malaysia khususnya generasi muda hari ini.

Aktiviti liar dan tidak terkawal mereka itu semakin mengancam masyarakat dengan menjejaskan keharmonian dan keselamatan awam. Bermula dengan merempit, membawa kepada gejala samseng dan perlakuan ganas ala jenayah.

Peraturan dan undang-undang tidak di hiraukan lagi, dengan rakus dan bangga mereka melanggarinya. Biarpun pihak berkuasa tegas cuba menanganinya, namun penentangan dan pelanggaran aksi mereka lebih keras dan brutal.

Dalam kumpulan yang besar, sudah pasti membangkitkan keterujaan dan dorongan semangat dan inpirasi membuak-buak untuk di pamerkan kepada umum dan bermulalah perbagai aktiviti liar dan tak bermoral sebagai cetusan dari gelegak rasa dan keinginan yang tak terbatas. Maka muncullah istilah yang menjadi trend kebanggaan mereka iaitu `bohsia, Cikaro' dengan remaja dan gadis muda jadi taruhan dan mangsa.

Tidakkah remaja-remaja seangkatan Siti ini pernah berfikir sejenak apa perasaan ibu dan ayah yang menumpahkan sepenuh harapan dan kepercayaan kepada kita selama ini, dengan memperikan kebebasan untuk kita berada di luar semoga kita melakukan yang berfaedah, sebaliknya mereka di hampakan malah dikhianati dengan tinkah laku dan perbuatan yang tidak bermoral ini.

Yang lebih memilukan dan menyebabkan air mata ibu-bapa yang kita kasihi tumpah ialah apabila berita buruk sampai kepada mereka, mengenai tingkah laku tak wajar yang kita lakukan, malah ada berita yang melukan kan hati mereka apabila anak-anak mereka di tahan Polis, terlibat dengan kemalangan yang serius, kecederaan yang dahsyat sehingga kehilangan anggota dan nyawa. Malah lebih memilukan ialah apabila anak-anak mereka ditahan kerana meragut, menyerang, mencederakan dan menyebabkan kematian terhadap mangsa yang tak berdosa.

Renungilah duhai teman seangkatan Siti, janganlah kita sia-sia masa remaja yang berharga ini, jangan di musnahkan masa depan yang cemerlang dan jangan juga kita pesongkan perjalanan kita yang masih panjang ini.

Siti sentiasa mendoakan semoga remaja sebaya Siti akan kembali kepangkal jalan, kerana jalan untuk berjaya dan membahagiakan ibu-bapa masih terbentang luas.

Thursday, 30 April 2009


MASYARAKAT KU PORAK PERANDA

Bapa maut dihentak bata oleh anak (Utusan Malaysia)

ALOR SETAR 29 April - Seorang lelaki berusia 45 tahun maut selepas dipercayai dihentak dengan seketul bata oleh anak lelakinya dalam satu perselisihan faham di Kampung Kubang Leret, Kubur Panjang Pokok Sena, dekat sini hari ini.

Membaca berita diatas menyebabkan Siti terpegun sejenak. Kenapakah di dunia yang maju dan moden ini masih banyak kes keganasan, pembunuhan, pergaduhan dan cerai berai yang berlaku dalam masyarakat.

Alangkah sedihnya, kita menatap media setiap hari, kes-kes anak mengugut, mencederakan dan membunuh ibu bapa sering berlaku.

Kes suami mendera, menyiksa dan menganiaya isteri juga kian meningkat.

Kes bapa menganiaya dan melakukan perbuatan `haruan makan anak' juga tidak sunyi berlaku dalam masyakarat di negara kita.

Sedih Siti menatap dan membayangkannya. Apakah para pemimpin atau ulama yang lebih banyak menghabiskan masa dan tumpuan bercakaran kerana politik, tidak mahu memberikan sedikit tumpuan bagi menangani gejala dan kes seperti ini.

Janganlah terlalu banyak konfrantasi maka masyarakat terutama yang muda di abaikan serta menyebabkan golongan seprti ini seperti bebas melakukan keganasan dan jenayah.

Thursday, 23 April 2009

IDOLA YANG TERCALAR









Tak Jejas Ekonomi Negara


Tindakan melulu Nabil memeluk kekasihnya semasa di umumkan pemenang dalam anugerah di Genting Highland baru ini............amatlah mendukacitakan Siti dan seluruh peminatnya yang terdiri daripada remaja dan golongan wanita dewasa.

Alasanya tindakan itu tidak menjejaskan ekonomi negara sungguh tak masuk akal dan merupakan satu lagi lawak bodohnya.

Dimana nilai, budaya dan pegangan Nabil sebagai orang Melayu dan Islam. Janganlah polulariti singkat yang di raih itu menyebabkan Nabil mula lupa diri dan sekaligus menghina agama, bangsa dan negara.

Begitu juga dengan pelakon Ako Mustafa yang dijatuhkan hukuman denda dan penjara 3 bulan. Janganlah polulariti yang tak seberapa itu dijadikan tiket untuk merosakan kaum sejenis Siti.

Insaflah bahawa apa sahaja yang kita lakukan baik sebagai artis ataupun siapa sahaja, akidah perlu jelas dan dijaga, agama tidak membenarkan pelanggaran batas dan perintahNya.

Sebagai penghibur dan mungkin idola remaja, tunjukanlah contoh budi dan akidah yang baik dan terpuji. Hancurnya generasi hari ini yang majoritinya bangsa Siti sendiri (Melayu) adalah kerana keruntuhan dan kelemahan akidah yang sepatutnya dijaga dan dipegang dengan kukuh.

Bukti parahnya generasi dan masyarakat hari ini ialah berlakunya pelbagai gejala sosial, keruntuhan akhlak, perzinaan, bersekedudukan dan perlbagai lagi.

Kes seorang remaja yang di rogol bergilir-gilir oleh seramai 15 orang remaja lain di Kuantan (Ahad lalu) menjelaskan keadaan betapa rapuh dan hancurnya akidah dan moral generasi Melayu hari ini. Tidak adakah seorang pun antara 15 remaja liar itu yang mempunyai sedikit iman atau pegangan akidah, sehingga semuanya sanggup melakukan jenayah yang tak berperikemanusiaan itu.

Siti hiba dan sedih dengan apa yang berlaku ini dan kaum Siti yang sering menjadi mangsa.

Wednesday, 22 April 2009

JAGA DIRI DAN JAGA MARUAH









GADIS DAN REMAJA KU

Siti ingin berpesan kepada rakan sebaya dan adik-adik remaja sekelian akan pesan orang tua-tua :

Jaga Diri, Harga Diri dan Jaga Maruah.

Saban hari dalam akhbar dan media ada meyiarkan tentang nasib buruk yang menimpa remaja dan gadis-gadis seperti Siti. Begitu ramai yang menjadi mangsa rakus dan ganas lelaki dan manusia yang tidak bertanggungjawab serta berhati haiwan.

Mereka di perkosa, bukan sahaja seorang malah beramai-ramai dan bergilir-gilir.
Sungguh ngeri dan amat menakutkan sekali untuk di fikir dan dibayangkan.

Kerana itu duhai gadis dan remaja, jagalah diri, awasi tingkahlaku, ambilkira segala langkah dan tindakan, waspada pada rayuan dan pujukan, bersikaplah dengan lebih berani dan matang, usah mudah terpesona dan terpedaya dengan tutur kata dan rayuan puji melangit.

Hati-hatilah di dunia yang penuh ranjau dan cabaran ini, manusia telah hilang kemanusiaannya, kasih sayang bukan lagi penghias budi dan bicara, ikhlas dan jujur sudah jauh terbuang dari akhlas dan peribadi manusia robot yang rakus dan bijak bersandiwara.

Waspadalah, Ingat sebelum kena, sediakan payung sebelum hujan. Maruah dan harapan ibu bapa dan keluarga perlu di jaga. Masa depan yang gemilang jangan di binasakan.

Siti sentiasa berdoa untuk keselamatan kaun sejenis Siti siang dan malam.



Tuesday, 21 April 2009

FOTO BOGEL ELIZEBERT

























LAGI-LAGI FOTO BOGEL ELIZEBERT

Nampaknya tak habis-habis tentang foto bogel YB Eli tu,

Kesian dia selepas agak sepi kisahnya, kini panas semula ekoran kunjungan Eli menemui Tok Guru Nik Aziz.

Tiba-tiba di beritakan gambar-gambar panas terbaru berada semula di pasaran.

Siti tak setuju langsung dalam hal ini. Kenapa lah ramai sangan yang berminat dengan gambar dan cerita seperti ini. Banyak lagi pekara boleh di jadikan tajuk utama tau fokus umum.

Janganlah asyik mengeksploit isu feminin sahaja, sedangkan itukan pekara biasa, siapa yang tak pernah tengok bentuk dan tubuh wanita, cuba lah nafikan. Tapi kena ingat semua tu aurat dan haram hukumnya tau.

Janganlah kerana politik semua hal nak di jadikan bahan. Politik biatlah bertempat, aurat wanita Siti tak setuju langsung.

Nak tengok sangat ni ha, Siti muatkan gambar bogel yang hebat.

Monday, 20 April 2009

Mana Jurulatih Kebangsaan













Bila Lagi Nak Lantik Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan


FAM mengambil masa yang terlalu lama untuk mencari dan melantik jurulatih baru pasukan bola sepak kebangsaan.

Beberapa nama yang di senaraikan tetapi masih menjadi teka-teki hingga sekarang. Pasukan kebangsaan ibarat anak ayam kehilangan ibu dan terkial-kial sendirian menjalani latihan.

Begitulah selalunya dan cara FAM bertindak. Perlantikan jurulatih dan pembentukan pasukan selalu dibuat di saat akhir. Manalah pasukan kebangsaan nak jadi hebat dan mampu bersaing.

Tempoh masa 6 ke 3 bulan adalah terlalu singkat dan tidak memadai untuk menyediakan sebuah pasukan yang mantap dan hebat. Tetapi pada FAM tempoh itu terlalu mencukupi dan berupaya menghasilkan pasukan yang hebat dan di geruni lawan.

Kerana cara dan sikap begitulah, pasukan kebangsaan sering menjadi belasahan dan berada di kedudukan amat tercorot. Permaian mereka kucar-kacir dan stamina amat rendah, bukan salah mereka kerana pembentukan yang singkat menyebabkan keserasian dan keakrapan antara mereka tidak begitu mantap dan kurang mantap, malah untuk memahami kaedah dan kehendak serta stail jurulatih pun perlu mengambil masa yang lama buat pemain memahami dan menguasai corak permaian yang di terapkan jurulatih.

Apatah lagi, ada pegawai dan pasukan negeri yang begitu menebal sikap kenegerian dan wilayah mereka, tidak mahu melepaskan jurulatih atau pemain untuk menyarung jersi kebangsaan. Kebimkbangan akan kehilangan pemain dan jurulatih akan menyebabkan Kelab atau negeri mereka merudum menyebabkan kemelut ini begitu menebal tanpa sedikitpun mengambil kira kepentingan, maruah dan martabat negara.

Masalah ini semua tiadak berlaku di Kelab atau negara lain terutama yg telah maju dan hebat pasukan mereka. Inilah mentaliti kecil dan tidak glokal pasukan, pegawai pemain dan kepimpinan bolasepak di Malaysia.

Siti cadangkan lantik saja Diego Maradona atau Sclori daripada buang masa tercari-cari dan merayu-rayu untuk dapatkan jurulatih tempatan. Siti tak pandai main tapi peminat dan penyokong nombor satu bola sepak negara.

Sunday, 19 April 2009

RemajaKu




Sedihnya Kehidupan Remaja Hari ini



Siti Selasih sungguh sedih melihat nasib remaja di negara ini.


Saban hari mereka menjadi mangsa keadaan, ada yang diperdaya menjual diri, ada yang di perdaya mengedar dadah, malah ada yang menjadi mangsa lelaki ganas dan hidung belang.


Setelah perut berisi mereka ditinggalkan lalu membawa diri menutup malu dan aib.

Maka anak yang tak berdosa bila dillahirkan tanpa bapa akan dibuang merat-rata, ada ditong-tong sampah, ada di kaki lima, ada di bawah jambatan dan stasyen bas malah ada yang dihumban ke dalam parit dan sungai.


Tidak kurang juga Siti melihat ramai sekali anak-anak ganis dan remaja yang begitu berani berpeleseran dan bergaul bebas, bukan sahaja berpakaian menjolok mata malah tindak-tanduk mereka amat memedihkan mata.


Apakah fenomena seperti ini kerana kemajuan yang pesat di negara kita sekarang ini, atau kerana mereka kekosongan jiwa, ataupun kerana keruntuhan intituisi kekeluarga yang kian hancur dan musnah.


Atau adakah kerana masyarakat hari ini tidak lagi mengambil tahu dan terlalu mementingkan diri atau begitu individulistik dan materialistik.


Ini semua yang menyebabkan Siti sedih dan pilu mengenang kaum Siti yang sering teraniaya dan menjadi mangsa.


Siapa yang harus bertanggungjawab dan membela mereka. Siapa.....Siapa.


Salam Pengenalan

Salam Pengenalan

Siti orang baru

Baru mencuba menulis dan ingin bersama blogers lain
di dunia maya ini.

Semoga ada yang mahu berkongsi dan memberi pandangan pada siti.

Terima kasih.